Siapa Saya?

My photo
Mukah, Sarawak, Malaysia
Nama sebenar sy ialah Aidil Bin Hj Omar. Sy nie jenis org yg suke buat kje yg leceh2 ckit. Benda yg mencabar minda & juga suka buat benda yg creatif.

Tuesday, July 12, 2011

321 Cinta Full Movie

Sinopsis 3,2,1 CINTA:- MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.
Tajuk Filem:
3,2,1 CINTA
Pengarah:
Azhari Mohd Zain
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
16 Jun 2011
Pelakon 3,2,1 CINTA:
Diana Amir
Farid Kamil
Pierre Andre
Mustapha Kamal
Sheila Mambo
Zila Bakarin
Ruzaidi Abdul Rahman


Karak Full Movie

Sinopsis Karak:- Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.



Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.
Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.
.


Tajuk Filem:
Karak
Pengarah:
Yusry Abd Halim
Penerbit:
KRU Studios Sdn. Bhd.
Dipawagam:
26 Mei 2011
Pelakon Karak:
Shahir AF8
Sheera Aiyob
Kilafairy
Md Eyzendy
Sidek Hussain
Trailer Karak:


Transformers 3-Dark of moon Full Movie